Wanita adalah perhiasan. Dunia menjadi indah kerana adanya wanita. Tanpamu, dunia pasti diselubungi sugul. Namun, kamu yang bernama wanita, mengapa sanggup merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan kaum lelaki. Memang keinginan berteman adalah fitrah manusia, tetapi jangan sampai merosakkan diri dan maruah yang telah lama dijaga rapi. Tamsilkan dirimu sebagai rama-rama. Keindahan mudah terlerai seperti mana rama-rama terlerai dari keindahan apabila disentuh. Tatkala rama-rama telah hilang keindahan, tiada siapa yang akan mempedulikannya.
Jika kamu adalah wanita sejati, kamu patut berasa rugi kerana ketahuilah bahawa lelaki akan berasa amat bangga apabila dapat meletakkan tangan mereka ke atas tubuhmu walaupun sekadar memegang tangan, sedangkan mereka tahu bahawa mereka tidak berhak untuk berbuat demikian keatas dirimu.
Beza antara lelaki dengan perempuan, lelaki tidak akan kehilangan apa-apa pun, biar sejuta wanita yang mereka sentuh. Wanita akan rugi seruginya apabila membiarkan lelaki menyentuhmu, kerana kulitmu yang cantik dan halus telah dicemari dengan tangan yang tidak berhak keatasmu. Hanya sekali sentuh, corak rama-rama akan hilang kaku. Dua kali sentuh, coraknya semakin pudar dan tidak mustahil apabila kerap kali disentuh, ianya akan terkoyak dan jatuhlah rama-rama terkulai layu tanpa dipedulikan.
Begitulah perihalnya sebagai wanita. Apa untungnya digilai dan diminati oleh ramai lelaki dan kemudiannya terkorban benda yang sangat berharga pada dirimu. Wahai wanita, kasihanilah dirimu. Jadikanlah dirimu benda yang berharga, lebih berharga dari permata, mutiara dan segalanya.
Biar lambat mendapat teman tetapi tinggi peribadinya daripada cepat mendapat teman tetapi lama-kelamaan ditinggalkan pergi begitu sahaja setelah maruah dirimu tergadai. Wahai wanita, hargailah dirimu kerana kamu yang menentukan nasib dirimu.
Apa ertinya digilai kalau yang mengilai dirimu hanyalah lelaki yang tidak tahu harga diri sendiri. Kamu tidak lagi berharga biarpun tinggi di mata lelaki yang hanya melihat dirimu sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka. Tetapi, kamu dilihat ibarat mutiara di puncak bukit dimata seorang lelaki yang jujur dan ikhlas tanpa meminta apa-apa balasan ataupun sedikit belaian daripadamu.
Memang sukar buat dirimu untuk mendapatkan seorang lelaki yang jujur, tetapi biarlah dirimu terlewat pilih dari tersalah pilih.
Biar hidup selesa dan sendirian membina pahala daripada hidup berdua tetapi manjadi pencetus dosa menuju ke neraka jahanam.
Biar hidup sendirian dan masih kekal serinya dari dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah dirinya…….
0 comments:
Post a Comment